Kerajaan akan mengazetkan semua perkampungan setinggan di Kawasan Batu Sapi, Sandakan sebagai kawasan penduduk yang sah.<br /><br />Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah berkenaan perlu diambil agar perkampungan terbabit dapat diberikan kemudahan asas dan dibangunkan.<br /><br />Menurutnya, sebelum ini pelbagai kemudahan tidak dapat disalurkan ekoran status perkampungan yang tidak sah.
